Pertubuhan Amal Kebajikan Kaseh Murabbi

Menyantuni Mereka Yang Perlukan Kaseh, Dengan Ikhlas dan Berterusan.

Pertubuhan Amal Kebajikan Kaseh Murabbi komited membantu golongan rentan melalui pendidikan, kebajikan asas, sokongan psikososial dan pembangunan komuniti secara berterusan.

Siapa Kami

Pertubuhan Amal Kebajikan Kaseh Murabbi ialah sebuah organisasi berdaftar yang menjalankan misi kemanusiaan bagi membantu keluarga berpendapatan rendah, anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan golongan yang memerlukan. Kami percaya setiap insan berhak hidup dengan maruah, diberi peluang berkembang dan disantuni dengan penuh kasih insani.

e71e402c b5a0 42f8 927e f181b14157e1

Misi

Membantu golongan rentan yang terpinggir agar mendapat peluang dan sokongan yang setara yang disediakan oleh kerajaan.

Visi

Membantu dan membimbing serta meningkatkan kesejahteraan hdup

Matlamat Kami

Menjalankan kerja-kerja kebajikan kepada golongan belia, remaja, masyarakat umum yang memerlukan sokongan dan dorongan moral, spritual, dan fizikal

Melahirkan individu yang mampu menghadapi cabaran, memiliki kemahiran yang relevan dengan keperluan semasa, serta berupaya menyumbang secara positif kepada pembangunan negara.

Menjadi wadah sokongan dan bimbingan kepada belia dan remaja,khususnya mereka yang terlibat atau terjejas dengan masalah sosial, tekanan hidup atau rohani.

Membina kerjasama strategik dengan institusi kerajaan ,ngo, pihak masjid/surau dan masyarakat dalam menjayakan misi dakwah, kebajikan dan pemulihan.

Menyediakan tempat perlindungan, khususnya untuk individu yang tidak mempunyai tempat tinggal atau yang sedang berusaha kembali ke jalan kehidupan yang baik dan diredhai Allah.

Menggalakkan penyertaan masyarakat umum melalui sumbangan ikhlas, infaq, wakaf dan kerja sukarela bagi menyokong usaha kebajikan dan pendidikan rohani.

Fokus Program Bantuan

Kami merancang dan menyokong inisiatif kebajikan yang memberi kesan positif dalam meningkatkan kehidupan keluarga rentan, kanak-kanak dan individu yang memerlukan dalam komuniti setempat.

Sokongan Ibu Tunggal & Warga Emas

Bantuan sokongan emosi, perkhidmatan kebajikan dan keperluan kesihatan asas.

Pendidikan & Bimbingan

Kelas asas akademik, bengkel kemahiran dan bimbingan sahsiah untuk kanak-kanak serta remaja.

Bantuan Keperluan Asas

Penyediaan makanan asas, barangan dapur dan keperluan harian kepada keluarga yang memerlukan.

Tindakan Kecemasan & Kemanusiaan

Bantuan segera untuk individu dan keluarga yang terjejas dalam kecemasan atau bencana.

Kenapa Sumbangan
Anda Penting

Ramai masih bergelut untuk memenuhi keperluan asas. Setiap ringgit, setiap tenaga, setiap sokongan anda membawa makna:

01.

Menjamin makanan di meja keluarga

02.

Memberi peluang pendidikan kepada anak-anak

03.

Menyokong warga emas agar tidak terabai

04.

Mengangkat maruah insan yang sedang diuji

Kasih yang diberi hari ini mungkin menjadi perubahan hidup seseorang esok hari

Mari bersama menyantuni, membina dan memulihkan harapan.