Pertubuhan Amal Kebajikan Kaseh Murabbi

Menyantuni Mereka Yang Memerlukan Adalah Ibadah Kami

Pertubuhan amal kebajikan kaseh murabbi komited dengan ikhlas kerana Allah dan berterusan demi ummah.

Siapa Kami

Pertubuhan Amal Kebajikan Kaseh Murabbi ialah satu organisasi yang berdaftar bagi menjalankan amanah dan tanggungjawab untuk membantu dan melengkapi golongan rentan yang terpinggir seperti individu/keluarga dan kumpulan yang kurang berkemampuan untuk melindungi dan yang lemah untuk menjaga diri mereka sendiri dari pelbagai ancaman atau risiko cabaran seperti masalah kesihatan, emosi, fizikal, ekonomi dan sosial.

e71e402c b5a0 42f8 927e f181b14157e1

Misi

Membantu golongan rentan yang terpinggir agar mendapat peluang,ruang dan sokongan yang setara dari manfaat yang telah disediakan oleh kerajaan

Visi

Membantu,membimbing diri dan memperkasakan kepribadian diri bagi meningkatkan kesejahteraan hidup

Golongan ini juga amat mudah terdedah, terjejas oleh persekitaran dan tidak mendapat perhatian atau sokongan dari pihak yang berkuasa.

Antara golongan yang di maksudkan seperti:

01.

Warga emas yang bersendirian

02.

Kanak² atau belia dari keluarga yang susah(tercicir)

03.

Pemegang kad OKU

04.

Remaja atau belia yang terlibat dengan keruntuhan akhlak

05.

Penagih yang terlibat dengan bahan terlarang mencari kepulihan

06.

Banduan yang disisihkan mencari tempat perlindungan sementara

Matlamat Kami

Menjalankan kerja-kerja kebajikan kepada golongan belia, remaja, masyarakat umum yang memerlukan sokongan dan dorongan moral, spritual, dan fizikal

Melahirkan individu yang mampu menghadapi cabaran, memiliki kemahiran yang relevan dengan keperluan semasa, serta berupaya menyumbang secara positif kepada pembangunan negara.

Menjadi wadah sokongan dan bimbingan kepada belia dan remaja,khususnya mereka yang terlibat atau terjejas dengan masalah sosial, tekanan hidup atau rohani.

Membina kerjasama strategik dengan institusi kerajaan ,ngo, pihak masjid/surau dan masyarakat dalam menjayakan misi dakwah, kebajikan dan pemulihan.

Menyediakan tempat perlindungan, khususnya untuk individu yang tidak mempunyai tempat tinggal atau yang sedang berusaha kembali ke jalan kehidupan yang baik dan diredhai Allah.

Menggalakkan penyertaan masyarakat umum melalui sumbangan ikhlas, infaq, wakaf dan kerja sukarela bagi menyokong usaha kebajikan dan pendidikan rohani.

Fokus Program Bantuan Berterusan

Ialah program yang memberi manfaat jangka panjang,menyentuh keperluan asas komuniti dan selaras dengan nilai islam serta kebajikan.

Ialah program yang memberi manfaat jangka panjang,menyentuh keperluan asas komuniti dan selaras dengan nilai islam serta kebajikan.

Antara golongan yang di maksudkan seperti:

01.

Warga emas yang bersendirian

02.

Kanak² atau belia dari keluarga yang susah(tercicir)

03.

Pemegang kad OKU

04.

Remaja atau belia yang terlibat dengan keruntuhan akhlak

05.

Penagih yang terlibat dengan bahan terlarang mencari kepulihan

06.

Banduan yang disisihkan mencari tempat perlindungan sementara

Sokongan Ibu Tunggal & Warga Emas

Bantuan sokongan emosi, perkhidmatan kebajikan dan keperluan kesihatan asas.

Pendidikan & Bimbingan

Kelas asas akademik, bengkel kemahiran dan bimbingan sahsiah untuk kanak-kanak serta remaja.

Bantuan Keperluan Asas

Penyediaan makanan asas, barangan dapur dan keperluan harian kepada keluarga yang memerlukan.

Tindakan Kecemasan & Kemanusiaan

Bantuan segera untuk individu dan keluarga yang terjejas dalam kecemasan atau bencana.

Kenapa Sumbangan
Anda Penting

Ianya menjadi nadi penggerak utama kepada segala aktiviti dan misi kebajikan

01.

untuk menjamin dan menyediakan bantuan makanan bulanan

02.

pembangunan infrastruktur dan fasiliti seperti kos penyelenggaraan,kebersihan,peralatan dan kemudahan asas

04.

pembangunan infrastruktur dan fasiliti seperti kos penyelenggaraan,kebersihan,peralatan dan kemudahan asas

03.

menyokong dan memberi peluang pendidikan dan latihan kemahiran

04.

untuk menyebarkan dakwah dan nilai islam seperti menganjurkan ceramah dan program rohani

02.

menyokong dan memberi peluang pendidikan dan latihan kemahiran

05.

untuk menyebarkan dakwah dan nilai islam seperti menganjurkan ceramah dan program rohani

05.

membolehkan pertubuhan bekerjasama dengan hospital atau klinik bagi menyediakan perkhidmatan percuma kepada golongan tersebut

03.

membolehkan pertubuhan bekerjasama dengan hospital atau klinik bagi menyediakan perkhidmatan percuma kepada golongan tersebut

Kasih yang diberi hari ini mungkin menjadi perubahan hidup seseorang esok hari

Mari bersama menyantuni, membina dan memulihkan harapan.